✿ Assalamualaikum awak! Welcome to my pinky sweet and cute blog...hee Have a pleasant day ! Have a special time ! Have a wonderful dream ! May ALLAH bless our life ! Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakhbar! ✿

:: ♥MySelf♥::

Labuan, Malaysia
Assalamualaikum and hye! Welcome to my blog, I work as Operation Asisstant, and i'm married! and now im pregnant ! Cant wait to see my baby !...hee and hope we can be Friend !!!♥ p/s: Smile is Sedekah ! May Allah Bless our life !
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 5, 2012

PenGalaman Hidup

Alhamdulillah sudah tahun ketiga belajar kat PUO nie. Mudah-mudahan semuanya lulus dengan cemerlang ya… aminnn…. J teringat pula masa first2 masuk sini segala-galanya aku urus sendiri dan segala-galanya rasa macam susah sangat. Kadang2 terasa macam putus asa tapi sebabkan permohonan UPU aku nda buat aku kena uruskan juga kemasukan ke poli nie. ,masa nie aku ingat lagi aku kena cari balik sijil ku masa merentas desa peringkat kebangsaan kat perlis masa tahun 2006 dulu. Memanglah senang mau cari kalau orang yang pegang sijil tu masih ada. Aku cuba contact coach2 and cikgu2 yang berkenaan sampailah seorang cikgu tu bagitahu yang pemegang sijil kami tu sudah “tiada”. Aku rasa sedih sangat. Aku terfikir juga, kenapa poli nie mau sangat akuu punya sijil tu. Penting sangatkah. Atau dorang sengaja nda mau terima aku ke poli dorg… tapi itu semua aku ketepikan, itu semua Cuma anggapan buruk ku saja, apa yang aku tanamkan dalam hati ku masa tu Allah mahu aku berusaha kalau aku betul2 mau belajar kat poli nie. Dan dlam masa yang sama, aku juga rasa pelik and marah kat kembar ku sebab aku ingat dia yang daftar permohonan poli ku nie. Dia pun iya2 kan ja . kesian dia. Rupanya baru aku ingat yang sebanarnya aku sendiri yang apply masa kat PLKN dulu. Aku ngn kawan ku sebenarnya apply politeknik tu bukan niat mau masuk poli. Kami nda suka pun ngn poli. Tapi sekarang di politeknik la tempat aku menimba ilmu. Berbalik kepada cerita sijil tu, cikgu ku tu suruh lah aku pegi ke sekolah cikgu yang tiada sudah tu. Then Tanya staf kat sana dorang cakap dorang susah mau cari sebab lama sudah kan masa nie tahun 2010 sijil tu pla tahun 2006. Memang susah lah mau cari balik. Akhirnya aku mula putus asa. Aku mau balik rumah lepas tu tapi kawan2 bawa pegi UK aku ikut ja la… dorang pegi la urus apa benda ntah aku ikut ja… lepas tu aku teringat mau minta tlong jabatan sukan urus sijil tu mana tau ada. Tapi jawapan dorang sama juga susah mau cari. Aku nie jenis mudah mengalirkan air mata. Mulalah aku mau nangis. Tapi encik tu kata dia boleh buatkan. Bersyukur sangat aku time tu. Dia mintala semua maklumat berkaitan untuk buat sijil tu. Then beberapa hari kemudian aku dpat la sijil tu. Aku pun hantarla pegi PUO. Tapi dorang lambat hantar surat yang perlu di siapkan n perlu untuk pendaftaran. Akhirnya aku berserah saja pada Allah. Kalau ada dia hantar surat tu Alhamdulillah… tapi kalau teda aku terima ja segala perjalanan hidup ku lepas tu. Tapi masa hari aku balik kampung (hari rabu).. kawan ku bgtau kat aku ada sudah surat tu. Bersyukur sangat2… sekarang tinggal bayar yuran ja lagi. Masalahnya pula, masa aku mau bayar yuran tu bank sudah tutup… aku nangis sangat2.. ari isnin tu aku sudah kena terbang pegi poli. Masa nie pun aku rasa banyak ujian yang Allah berikan pada ku. bapa ku yang hantar aku pegi poli. Pagi tu, ckit lagi kami terlepas kapal terbang. Sampai2 semua sudah naik. Nasib sempat. Dalam flight aku jumpa seorang kawan lelaki yang sama dapat belajar kt PUO dengan aku. Sama2 la kami pegi, n sampai kat airport KLIA, kami naik ntah apa nama tu LRT ka monorail ka pegi KL sentral. Sampai sana lbih krang 2 jam kami tunggu kawan bapa untuk ke bukit jalil punya stesen bas sebab mau naik bas pegi perak. Masa nie kami nda tau sangat perjalanannya. Selalu pegi semenanjung pun ikut rombongan skolah or negeri. Kali nie kena berdikari sendiri. Sampai kat stesen bas tu kami makan dulu. Then naik bas la kami, waktu naik bas tu bapa ku tanya orang yang bawa bas tu samada bas tu pegi puo ka? Tapi bas tu bgtau yang bas tu pegi Kampar. Puo kat ipoh. Kami mau turun masa tu nda boleh sudah sebab salah bas sudah kami, klau turun burn la tiket. Kena beli baru. Tapi kami ikut ja bas tu sebab pacik tu kata ada bas pegi ipoh d sana nanti. Sampai Kampar ada sorang kak tu tolong kami, dia tunjukkan tempat bas pegi ipoh tu. Naik lagi bas pegi ipoh n sampai ipoh naik teksi pegi kamsis puo. Ingat lagi pacik tu charge rm13. Sepatutnya rm12. Masa tu aku rasa kira murah sudah harganya tapi sekarang aku sudah tahu harga sepatutnya. Pandai dia tipu orang jauh. Tapi nda apa yang penting kami sudah sampai. Sampai kat kamsis hampir jam 7 ka jam 7 camtu la… mendaftar bilik. Susah lagi cari bilik. Kesian bapa ku masa tu. Dia pegi tinggal hotel semalam. Malam tu juga pegi mendaftar kat kampus A. masa mau pegi kampus A tu, aku tengok masa tu bapa ku masih lagi ada kat stesen bas. Sedih aku tengok bapa ku. kesian dia susah2 hantar aku jauh2. Aku lambai bapa ku dari jauh. Selagi dia nda balas lambaian ku aku nda berhenti melambai tapi akhirnya aku terpaksa jua berhenti melambai sebab kena melintas jalan. Lepas melintas jalan tu aku liat bapa ku jalan kaki nda tau pegi mana. Aku rasa macam mau nangis juga di situ. Rasa macam mau kejar bapa ku n ikut dia pegi mana ja bapa mau pegi. Tapi aku kuatkan hati. Aku nangis dalam hati ja. Sudahlah aku teda kawan masa tu. Aku nda la peramah sangat mau memulakan perbualan. Hmmm aku terima ja apa yang berlaku. Aku nekad masa tu aku datang cnie bukan mau enjoy or buat apa2 yang nda berfaedah. Aku tanamkan tekad dalam hati ku aku kena belajar bagus2 n jadi seorang yang Berjaya satu hari nanti. insyaAllah aku nda akan sia-saiakan pengorbanan mama and bapa ku. banyak sudah aku susahkan dorang, bukan ja mama and bapa ku, kakak and abang ku pun jua… sebab aku ja dorang banyak susah. Di tambah lagi setiap raya aku nda balik rumah menambah kesedihan dorang. Hmmm nie sekarang mau raya sudah aku nda balik Labuan pun nie. Beraya di negeri orang ja aku. Hmmm semoga aku(kita) lebih kuat semangat menjalani hidup lepas nie, jangan mudah putus asa… mesti semua sudah tahu setiap yang berlaku itu pasti ada Hikmahnya, and semoga Allah merahmati and memberkati hidup kita semua… aminnn J peace, Smile always :P

nie gambar bilik kat asrama B006, masa awal2 masuk poli dulu... sedih nie teda kawan lagi.. beberapa hari lepas tu baru ada kawan sebilik... seidh.. sedih.. sedih..... ;( weekkkkqqqq



No comments:

Post a Comment